Mengenai Kami

0
Semenjak
Selamat Datang ke Mizi Cengal Art

Kami Berpengalaman Dalam Menghasilkan Perabot Kayu Terbaik

Pada awalnya, kami hanya bermula kenal dgn kayu-kayu ini pada 2 tahun lepas. Mula mengenal jenis-jenis kayu yang boleh dijadikan perabot. Rakan-rakan kami dari kampung memberi pelbagai cadangan. Kami mulakan dgn kayu kecil-kecilan dan tidak menyangka perniagaan kami ini semakin berkembang & dikenali ramai sehingga ke hari ini.

Anda mencari perabot yang elegan dan tahan lama? Dapatkan di Mizi Cengal Art. Dihasilkan daripada kayu jati terbaik, kepingan kayu kami dibina untuk tahan lama dan pasti untuk meningkatkan suasana estetik & klasik di mana-mana ruang kediaman anda.

Reka Bentuk Perabot Dengan Kami

Reka bentuk perabot rumah anda dengan kami mengikut citarasa & gaya anda. 

0 +
Successful Project
0 +
Satisfied Clients
0
Semenjak
0 +
Professional Carpenter
Testimoni Pelanggan KAmi

"Produk kayu cengal yang tahan lama & sangat cantik. Saya berpuas hati dengan hasil kerja team Mizi Cengal ART."

Afiq
    Afiq

    Director MACINT

    Anda Memerlukan Custom-made Perabot Kayu?
    Hubungi Kami Sekarang!​

    Jangan lupa untuk menghubungi kami untuk mendapatkan perabot kayu yang cantik & tahan lama.

    Jenis kayu

    Jenis Kayu Yang Kami Gunakan

    Kayu yang kami gunakan untuk membuat perabot ialah kayu Cengal kerana ketahanannya yang kukuh & strukturnya yang cantik.

    Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok cengal, dan dikategorikan sebagai kayu balak, keras, padat, tahan lama, mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu Cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan khatulistiwa. Kayu Cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia. Untuk pengetahuan, pokok kayu Cengal yang terbesar di dunia terletak di Taman Negara Malaysia. Tidak dipastikan secara tepat panjang saiz lilitan pangkal pokoknya. Namun secara purata ia bersaiz 11 pemeluk orang dewasa.

    Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah antara pengeluar kayu cengal utama dunia.

    Cengal dikategorikan sebagai kayu terkeras yang tahan lama, dan memiliki ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Oleh kerana kualitinya yang baik dan berharga tinggi*, ia menjadi buruan para pembalak. Kini, Cengal merupakan kayu yang jarang ditemui dan ia merupakan kayu yang dilindungi oleh Jabatan Hutan Negara. Ia biasa digunakan bagi kerja pembinaan berat seperti membuat rumah, perahu dan jambatan kerana ia juga tahan serangan anai-anai. Atas sebab yang sama, ia kini turut digunakan untuk membuat perabot dan ukiran tangga, gazebo (sejenis pondok), tembok pusara kubur.

    Oleh kerana nilai pada kayu cengal terlalu tinggi, pihak berwajib sanggup mengizinkan pohon cengal tertua dan terbesar yg berapa di Hutan Simpan Sungai Nipah, Dungun ditebang pada pada 2021.

    Perabot Kayu
    92%
    Meja Kayu
    88%
    Kabinet Dapur
    85%
    Buatan Tangan
    100%